Empat wakil negara termasuk beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Terbuka Australia 2025 selepas menewaskan lawan masing-masing semalam.
Pada pusingan pertama Super 500 yang berlangsung di Sydney Olympic Park, Tang Jie-Ee Wei mudah menewaskan gandingan senegara Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien 21-19, 21-9 bagi menempah pertemuan menentang beregu Taiwan, Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh.
#AustraliaOpen2025
XD | R32#MAS🇲🇾 Chen Tang Jie-Toh Ee Wei 1️⃣ def. #MAS🇲🇾 Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien 21-19 21-9
⏱️ 39m pic.twitter.com/nGw6WrLdPb— BAM (@BA_Malaysia) November 19, 2025
Advertisement
Bagi acara beregu lelaki, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King meneruskan kemaraan dengan menundukkan gandingan tuan rumah Phillip Halim-Landon Hosea Kurniawan 21-8, 21-11.
Menanti Wan Arif-Roy King pada aksi esok, beregu profesional Goh V Shem-Choi Sol Gyu.
Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara Wong Ling Ching pula menewaskan wakil Australia Amy Wang 21-10, 21-11 akan bertemu pemain Kanada Michelle Li.
Pemain perseorangan lelaki, Aidil Sholeh Ali Sadikin juga mara selepas menewaskan rakan senegara Eogene Ewe 21-15, 21-12 bakal berentap dengan pemain Jepun Yushi Tanaka di pusingan kedua.-Sinar