Pilihan utama dalam sektor beregu wanita, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun, tewas mengejut kepada gandingan pecah ganding dari China, iaitu Chen Fan Shu Tian-Luo Xu Min, di Energia Areena sebentar tadi.
Beregu yang menduduki ranking ke-12 dunia itu tewas mudah pada set pertama dengan keputusan 7-21.
Set kedua menunjukkan bibit-bibit kebangkitan, namun lawan mereka kekal tenang untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan 20-22 pada set kedua, menyaksikan pertembungan dua set tersebut berlangsung selama 40 minit.