Lee Zii Jia kembali menemui rentak kemenangan dalam tempoh dua bulan apabila menundukkan wakil tuan rumah untuk lolos ke pusingan 32 Terbuka Arctic, hari ini.
Pemain profesonal negara yang kini menduduki ranking ke-56 itu mengatasi pemain Finland, Kalle Koljonen, 21-12, 21-15 untuk menempah pertemuan dengan pemain China pula, Dong Tianyao.
Tianyao pernah menundukkan Zii Jia dalam pertemuan sebelum ini -- juga di Eropah menerusi Masters Orleans, Mac lalu.
Selain itu, beregu lelaki kebangsaan, Aaron Tai-Yap Roy King serta Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong dan Chia Wei Jie-Teo Ee Yi akan turut berjuang dalam berjuang dalam pusingan awal esok.