Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Arctic apabila mudah menewaskan pemain Taiwan, Su Li Yang, dalam aksi pusingan kedua di Energia Areena sebentar tadi.
Zii Jia kelihatan bergelut pada awal permainan tetapi sebaik mengikat kedudukan 5-5, dia mula mempamerkan dominasinya sebelum memenangi set pertama 21-17.
Rentak berbeza dipamerkan pemain berusia 28 tahun itu dalam set kedua, di mana dia tidak menunggu lama untuk mendapatkan mata demi mata dan amat jarang berada di belakang sebelum mengesahkan tempat ke suku akhir dengan kemenangan 21-12 selepas secara keseluruhan bertarung selama 46 minit.
Menantinya bagi penentuan ke separuh esok ialah pemain pilihan kedua dari Perancis, Christo Popov.