Skip to main content

Bola Sepak

Terbaru! Selepas UEFA, CONCACAF, giliran AFC zahir kecewa terhadap FIFA

afc.

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dalam satu sebaran media sebentar tadi berkata badan itu mengambil maklum mengenai pengumuman FIFA berhubung cadangan penubuhan FIFA Forward Enterprise (FFE).

AFC, bagaimanapun, berkata mereka tidak dirujuk mengenai cadangan itu dan melahirkan rasa kecewa kerana perkara penting seumpama itu telah memasuki domain awam sebelum keluarga AFC diberikan peluang untuk meneliti dan membincangkannya melalui saluran tadbir urus yang sesuai dan sedia ada.

"Walaupun AFC mengiktiraf kepentingan menerokai pendekatan inovatif yang boleh memperkukuh masa depan bola sepak global, inisiatif pada skala dan kesan sebegini mestilah diasaskan atas prinsip tadbir urus yang baik, ketelusan serta rundingan yang bermakna," kata kenyataan itu.

"Keputusan yang boleh mengubah landskap masa depan komersial dan kewangan sukan ini memerlukan penglibatan awal yang komprehensif dengan konfederasi, persatuan ahli dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan, sebelum sebarang cadangan dikemukakan kepada badan pembuat keputusan yang sesuai.

"AFC percaya dengan seteguhnya bahawa semua pihak berkepentingan perlu disediakan maklumat yang mencukupi dan masa yang sewajarnya bagi menilai cadangan itu secara menyeluruh, termasuk implikasi tadbir urus, undang-undang, komersial dan strategik.

"Proses seumpama ini adalah penting bagi memastikan sebarang keputusan mencerminkan kepentingan kolektif komuniti bola sepak global dan memperkukuh keyakinan terhadap rangka kerja tadbir urus FIFA.

"Sebagai salah satu daripada enam konfederasi bola sepak global, AFC kekal komited terhadap pertumbuhan berterusan bola sepak dunia."

Terdahulu, UEFA menolak dan mengugut untuk memboikot kesemua kejohanan di bawah seliaan FIFA sekiranya idea berkenaan dilaksanakan manakala CONCACAF juga menolak usul FFE selepas mengadakan mesyuarat hari ini.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video