Skip to main content

Angkat Berat

Terbabas di Lebuhraya SUKE, badang negara sedang ditidurkan

Terbabas di Lebuhraya SUKE, badang negara sedang ditidurkan
Advertisement

Satu ujian getir menimpa atlet angkat berat negara dari Perlis, Muhammad Hafizuddin Roslin, apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya SUKE ketika dalam perjalanan dari Ampang menuju ke Bukit Jalil.

Lebih membimbangkan, atlet yang mesra disapa Udin itu dilaporkan mengalami kecederaan serius pada bahagian tangan kanan sehingga memerlukan rawatan intensif dan pembedahan segera.

Advertisement

Dalam kejadian berkenaan, Muhammad Hafizuddin dipercayai terbabas daripada motosikal sebelum mengalami kecederaan serius, termasuk patah tulang tangan kanan serta kecederaan pada bahu kanan.

Hasil pemeriksaan perubatan turut mendapati salur darah pada bahagian tangan yang tercedera tidak lagi berfungsi, sekali gus menjadikan keadaannya lebih kritikal. Hafizuddin turut mengalami kecederaan kecil di bahagian kepala.

Advertisement

Susulan tahap kecederaan yang dialami, pihak perubatan memberikan keutamaan kepada Muhammad Hafizuddin untuk menjalani pembedahan pada hari ini.

Ketika ini, dia sedang ditidurkan bagi membolehkan rawatan intensif diteruskan, manakala tindakan pembedahan terhadap tangan kanannya sedang dipertimbangkan oleh pasukan perubatan.

Perkembangan itu pastinya mengundang kebimbangan dalam kalangan warga sukan, khususnya komuniti angkat berat dan sukan Negeri Perlis yang kini mengharapkan perkembangan positif mengenai keadaan atlet berkenaan.

Seluruh warga sukan Negeri Perlis turut menitipkan doa agar segala urusan rawatan dan pembedahan Muhammad Hafizuddin dipermudahkan, selain berharap dia diberikan kekuatan untuk melalui detik sukar ini.

Buat Udin, terus kuat. Seluruh warga sukan negara mendoakan agar dia diberikan kesembuhan dan kembali pulih seperti sediakala.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video