Kejohanan Tenpin Boling Pekak Malaysia yang melabuhkan tirai semalam menjadi antara penganjuran terbaik di bawah seliaan Persatuan Sukan Prang Pekak Selangor (SELDeaf).
Bagi Naib Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Datuk B Sarkunan, yang juga Presiden SELDeaf, penganjuran kali ini berjaya meskipun dengan berdepan keadaan kewangan yang agak ketat.
Kejohanan ini juga menampilkan ramai bakat baharu yang melakar kejutan dan kapten skuad negara, Ho Choon Seong, menganggap ramai berpotensi untuk diserap masuk ke dalam skuad kebangsaan sambil berharap mereka yang dipilih tampil cemerlang dalam saingan akan datang.
"Kejohanan tahun ini berlangsung dengan lancar dengan kerjasama MSDeaf dan exco SELDeaf.
"Masih banyak peluang untuk bakat muda. Kami mengesan dua pemain yang boleh diserapkan dalam pasukan kebangsaan dan menerusi bimbingan jurulatih, prestasi mereka akan bertambah lebih baik," menurutnya di Nadi Arena.