Skip to main content

Tenis

Tenis Remaja Terbuka MBPJ-Milo: Penyertaan makin terima sambutan

gggh

Kejohanan Tenis Remaja Terbuka MBPJ-Milo mendapat sambutan memberangsangkan apabila menarik penyertaan seramai 402 pemain dari seluruh negara, meningkat lebih 35 peratus berbanding edisi tahun lalu.

Kejohanan yang diiktiraf Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) sebagai pertandingan bertaraf ranking remaja kebangsaan itu, terus membuka peluang kepada peserta mengumpul mata ranking rasmi.

"Berdasarkan penyertaan kali ini, sebanyak 402 peserta telah mendaftar. Jelas peningkatan peserta berbanding edisi lalu," kata Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Yazid Sairi, di Nadi Arena.

Edisi ke-36 ini secara tidak langsung menjadikannya antara gelanggang penting untuk mencungkil bakat muda sukan tenis dalam negara.

Selain menyediakan kemudahan, pengelolaan platform pertandingan yang berkualiti menjadi bukti komitmen berterusan MBPJ dalam membantu pembangunan sukan negara.

"Kejohanan ini telah melahirkan pemain dari negeri Selangor.

"Kini banyak negeri telah mengadakan kejohanan seperti ini, tiap-tiap bulan ada kejohanan.

"Kalau tidak mereka sekadar menjalani latihan, tidak dapat mengukur prestasi mereka," kata Naib Presiden Persatuan Tenis Selangor, Tengku Datuk Mohamed Alhaj Tengku Harun. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video