Skip to main content

Tenis

Tenis: Jannik Sinner pintas 'title' 3 bintang dunia!

Sinner

Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, meneruskan dominasi luar biasa apabila menewaskan Alexander Zverev 6-1, 6-2 untuk menjuarai Terbuka Madrid buat julung kali, awal pagi tadi.

Pemain Itali itu juga turut mencipta rekod baharu apabila meraih gelaran Masters 1000 kelima berturut-turut.

Hanya legenda tenis Roger Federer, Rafael Nadal dan Novak Djokovic, sebelum ini pernah memenangi empat gelaran berturut-turut di peringkat itu, sekali gus menjadikan pencapaian Sinner lebih bermakna.

Sinner berkata dia beraksi pada tahap lebih tinggi berbanding lawannya Zverev yang gagal menampilkan prestasi sebenar.

Must Watch Video

Advertisement