F&N HB Chairman’s Cup Golf 2026 berlangsung lebih istimewa dengan penyertaan pengerusinya, Yang Amat Mulia Tengku Bendahara Perlis Syed Badarudin Jamalullail.
Bukan sekadar turun menyertai kejohanan, Tengku Bendahara turut membuktikan kemampuan di padang apabila muncul naib juara dengan catatan 101 pukulan.
Pukulan terbaiknya hadir di lubang ke-17 apabila berjaya mencatat par three.
Sementara itu, Pengarah Urusan Sektor Makanan dan Libat Urus Industri, Datuk Raffiq Md Ariff, menzahirkan kepuasan terhadap kelancaran penganjuran edisi tahun ini.
Kejohanan berkenaan bukan sahaja menjadi medan persaingan, malah terus menjadi platform mengeratkan hubungan dalam kalangan peserta serta komuniti korporat dan industri melalui sukan golf.