Ketua Pegawai Eksekutif Formula 1, Stefano Domenicali, meminta semua pelumba F1 musim ini untuk kekal tenang di sebalik lambakan kritikan mengenai peraturan baru dikenakan.
4 juara dunia yang masih aktif selaku pemandu F1, Lewis Hamilton, Max Verstappen, Fernando Alonso juga Lando Norris antara yang vokal dalam meluahkan pendapat mengenai peraturan baru ditetapkan penganjur.
Advertisement
Namun Boss F1, Domenicali dengan santai meminta semua pihak untuk kekal tenang dan bersedia untuk melakukan perubahan jika ianya realistik.
Tambahnya lagi, ini merupakan sebuah konsep baru yang memerlukan penambahbaikan dan evolusi ini akan menjadi normal dan memerlukan masa.
Terdahulu rata-rata pelumba menganggap peraturan baru ini sebagai terlalu kompleks dan tidak masuk akal!
Apa-apa pun saingan Formula 1 akan membuka tirai bermula 8 Mac ini di GP Australia.
"Kami perlu mengelakkan reaksi berlebihan kerana ia baru permulaan sebuah perjalanan baru, jadi sebab itu saya katakan kita perlu bertenang.
"Jika terdapat sesuatu yang berguna dan boleh dilaksanakan dengan segera, saya melihat pendekatan yang sangat terbuka oleh FIA dan juga pasukan yang berkongsi data.
"Ia adalah konsep baru di mana ia perlu, sudah tentu, diperbaiki jika perlu. Tenang semua!" katanya.