Skip to main content

Permotoran

Tempoh bertenang paksa pelumba negara bantu ibu jual ayam percik demi kelansungan hidup

Damok

Susulan peraturan 'tempoh bertenang' yang ditetapkan penganjur Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix -- di mana pelumba yang pernah bersaing dalam kejuaraan dunia perlu melalui tempoh berehat selama dua tahun, sebelum kembali ke arena tempatan.

Pelumba sensasi permotoran negara, Syarifuddin Azman, terpaksa membantu ibunya berniaga ayam percik dan nasi berlauk bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Advertisement

Lebih mesra disapa Damok, bekas pelumba JuniorGP dan Asia Talent Cup itu mengakui kecewa kerana masih tidak mendapat lampu hijau untuk membenarkannya kembali berlumba.

Damok yang pernah menjuarai kategori Wira KBS dan Super Series berharap pihak pengelola dapat mempertimbangkan keputusan tersebut agar dia mendapat peluang kedua untuk dibenarkan beraksi.

"Saya cuba membuat rayuan dan tidak dapat beraksi.

"Saya memang kecewa. Saya juga tidak dapat berlumba dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

"Cub Prix juga terkesan.

"Saya terpaksa membantu ibu berniaga demi rezeki harian.

"Tiada kontrak dan perlumbaan. Sukar untuk beradaptasi.

"Buat masa sekarang, inilah pekerjaan saya," kongsinya di Nadi Arena.

 

Must Watch Video