Skip to main content

Memanah

Teknologi canggih bantu inovasi peralatan memanah

MyIPO

Sukan memanah bukan lagi sekadar kemahiran tradisional, ia telah berkembang menjadi disiplin berketepatan tinggi melalui penggunaan kelengkapan canggih dan sistem kejuruteraan moden.

Seiring dengan tuntutan sukan berprestasi tinggi -- pelbagai inisiatif telah diambil untuk mencapai tahap konsistensi pemanah berkelas dunia menerusi inovasi 'Custom 3D Hand Grip'.

Advertisement

Tujuan utama pembangunan peralatan itu adalah untuk meningkatkan konsistensi pegangan, keselesaan atlet dan kestabilan semasa pelepasan anak panah.

Pembinaan canggih itu juga membantu atlet meningkatkan ketepatan dan prestasi keseluruhan pemanah.

Terdapat pelbagai inovasi teknologi, reka bentuk dan sistem mekanikal yang dilindungi melalui harta intelek membolehkan teknologi memanah terus berkembang dan membantu atlet mencapai tahap ketepatan yang luar biasa.

"Jika kita ada satu inovasi ini terutamanya bukan sahaja mendapat pengiktirafan, tetapi boleh diguna pakai secara lebih meluas," kata Pengarah Bahagian Perubatan Sukan, Dr. Ahmad Munawwar Helmi Salim.

"Ia mengikut kesesuaian masing-masing.

"Kestabilan juga ditambah baik," kata Olimpian, Ariana Nur Dania Mohamad Zairi.

Must Watch Video