Skip to main content

Bola Sepak

Tekanan buat Man Utd, JJ Gabriel kekal atau berhijrah--berkembang atau terbantut

ll

Selain prestasi semasa Manchester United, masa depan pemain muda, JJ Gabriel menjadi bualan hangat ramai pihak sepanjang minggu ini dengan sumber menyatakan pemain berusia 15 tahun itu tidak menyertai sesi latihan dan sudah menghantar notis rasmi kepada kelab untuk membatalkan pendaftarannya serta-merta.

Keputusan itu dilihat seiring dengan minat yang disuarakan beberapa pasukan ternama Eropah termasuk Barcelona, Paris Saint Germain, Bayern Munich dan paling ketara sekali adalah Real Madrid.

Real dikatakan destinasi yang baik untuk Gabriel mendapatkan ruang beraksi di kalangan ‘senior’ apabila ditempatkan bersama Real Madrid Castilla - pasukan simpanan rasmi kelab berkenaan di mana sistem bola sepak Sepanyol yang berbeza dengan Inggeris akan membolehkan pemain remaja berentap bersama senior.

Castilla turut mendapat bimbingan ketua jurulatih hebat seperti Alvaro Arbeloa yang kemudiannya mengambil alih pasukan senior Real susulan pemecatan Xabi Alonso.

 

 

 

 

Jika Gabriel meninggalkan bumi Inggeris untuk ke Real, jejaknya mungkin boleh dilihat seperti Thiago Pitarch yang memulakan musim lalu bersama Castilla pada usia 18 tahun dengan perlawanan Piala Antarabangsa Liga Perdana serta mencatatkan 16 penampilan bersama pasukan senior sepanjang musim tersebut.

Malah, Gabriel berpotensi untuk melakukan lebih baik lagi dengan reputasi hebat sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Bawah 18 tahun ketika baru sahaja berusia 14 tahun semasa memulakan musim lalu.

Antara faktor penguat untuk Gabriel dinobatkan anugerah berprestij seperti itu adalah menerusi sumbangan 23 gol dalam saingan Liga Perdana Bawah 18 tahun dan tiga gol dalam Piala Remaja FA.

Sudah pastinya ketika ini, tekanan turut diberikan kepada United untuk bukan hanya memastikan Gabriel tidak disailang gergasi bola sepak lain, tetapi memastikan perkembangan baik pemain Akademi Manchester United itu tidak terbantut.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement