Skip to main content

Bola Sepak

Tekanan! 5 perlawanan catat empat kalah -- Sampai CEO dipecat serta merta

SOCCER-SPAIN-CORBERAN:Soccer-Valencia sack CEO and manager Corberan after winless start to season

Lima perlawanan -- satu seri dan empat kekalahan.

Kelab LaLiga berdepan tekanan menggunung ekoran permulaan kurang memberangsangkan menyebabkan jurulatih dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dipecat serta merta.

Prestasi buruk Valencia menyaksikan mereka mengutip satu mata daripada lima perlawanan, sekali gus meletakkan mereka di kedudukan tercorot LaLiga.

Desakan penyokong ke atas pengurus, Carlos Corberan, dan CEO, Ron Gourlay, mengakibatkan kelab terpaksa mengambil keputusan drastik untuk menamatkan perkhidmatan mereka.

Corberan dilantik pada Disember 2024 dan berjaya menyelamatkan kelab daripada penyingkiran dengan menamatkan saingan di tempat ke-12.

Pada musim lalu, Valencia menamatkan saingan di tempat kesembilan, namun gaya permainan pengurus itu mendapat kritikan di Mestalla; malah dalam perlawanan di laman sendiri baru-baru ini, kedengaran laungan 'Corberan keluar sekarang' menghangatkan suasana.

Secara keseluruhan, dia mengendalikan 72 perlawanan, dengan rekod 28 kemenangan dan 26 kekalahan.

Valencia turut menamatkan kontrak empat kakitangan yang bekerja di bawah Gourlay, serta barisan kejurulatihan Corberan.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement