Susulan tular di media sosial, mengenai anak pasangan selebriti David Beckham dan Victoria Beckham -- ia mencetuskan perdebatan ramai apabila masing-masing dilihat mempunyai alasan tersendiri.
Kita lihat sahaja POV keluarga terlebih dahulu, David dan Victoria, pasangan yang membesarkan anak-anak mereka dalam dunia media, menjadikan kawalan imej dan privasi sesuatu yang sukar dielakkan. Apa saja dilakukan, akan dinilai jadi tugas mereka adalah untuk melindungi keluarganya walau apa pun yang terjadi.
Advertisement
Beralih kepada perspektif berbeza yang dialami Brooklyn, keputusannya untuk bersuara boleh dilihat sebagai usaha mempertahankan diri dan perkahwinannya bersama Nicola Peltz. Bagaimana kalau apa yang dikongsi di media sosialnya benar belaka?
Mungkin Brooklyn berlainan minat, rasa tertekan disebabkan ibu bapanya yang terkenal juga mennyebabkan dia alami gangguan emosi dan tiada dorongan positif dalam perkawinan didirikan bersama Nicola.
Jadi jika anda berada di tempat salah seorang daripada watak situasi ini, atau mungkin posisi Brooklyn, apa yang akan menjadi keutamaan anda? Pengorbanan dilakukan keluarga sejak anda dilahirkan, atau rasa kebebasan dan kegembiran dalam kehidupan yang dicari selama ini?
Perkara ini mungkin nampak simple bagi sesetengah pihak, mungkin ada juga di kalangan anda yang terlintas di fikiran, keluarga yang nampaknya macam bahagia dengan keberadaan mereka tapi dalam hati siapa yang tahu. Jadi, ambil kesempatan ini untuk hargai orang yang tersayang, tak semua bertuah memiliki kebahagian sesama keluarga.