Pemenang anugerah Grammy, Taylor Swift, bersama tunangnya iaitu bintang NFL, Travis Kelce, telah membuat seorang pekerja di Stadium Arrowhead, Kansas City, Missouri menangis pada Hari Natal yang lalu! Apa sebenarnya yang terjadi?
Bagi yang mengikuti rapat perkembangan Taylor Swift, pasti tahu bahawa penyanyi “Fate of Ophelia” ini seorang yang murah hati terutama sekali kepada rakan setugas yang menjayakan persembahan konsertnya.
Advertisement
Pemberian bonus dalam bentuk wang dengan jumlah yang sangat tinggi bukanlah sesuatu yang baru dalam kamus Taylor Swift!
Pada Krismas, Taylor Swift dan Travis Kelce berada di Stadium Arrowhead. Kebetulan, seorang kakitangan yang bertugas pada hari Krismas itu sempat bersalaman dengan mereka -- tetapi nasibnya sedikit berbeza!
Taylor mengucapkan terima kasih kepadanya kerana bertugas pada Krismas, cuma bezanya kali ini, dalam salam itu terselit “duit raya”!
Dalam perkongsian Facebook penerima duit raya itu, Taylor Swift menghadiahkannya USD600 sebagai tanda penghargaan bertugas pada hari perayaan!