Skip to main content

E-Sukan

Tarik nafas lega dapat mesej daripada Coach Arcadia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Arcadia

Selangor Red Giants (SRG) mara ke final upper bracket pentas Kejohanan Dunia M7 selepas bermati-matian menentang Aurora Gaming dari Turkiye.

Perlawanan itu sangat mendebarkan dan terpaksa mengerah kepakaran jurulatih Arcadia dalam memimpin anak buahnya untuk bangkit selepas tewas game pertama.

Advertisement

Perlawanan yang berlangsung lama macam game tenis itu akhirnya berpihak kepada wakil negara, tapi momen yang mengejutkan saya adalah mesej yang dikongsikan Coach Arcadia menerusi wartawan Nadi Arena yang berada di Jakarta, Indonesia ketika ini iaitu Karl Nunis.

“Hi Dayang thank you for supporting us”, katanya dalam video itu.

Fuhhh lega! Jujurnya selama ini saya sangkakan Coach Arcadia kurengg dengan saya… sebab apa?

Sebab kali pertama kami berjumpa, saya dengan cukup konfiden bercakap Bahasa Melayu dengannya kerana lupa coach sebenarnya dari Filipina!

Tahniah Coach Arcadia dan seluruh keluarga SRG, teruskan perjuangan di M7! Satu Malaysia di belakang anda!

Must Watch Video