Skip to main content
Advertisement

Sukan

Tambah baik aspek SIC bermula Isnin

ppp

Persiapan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini di tahap terbaik menjelang penganjuran Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain, dengan kerja-kerja baik pulih dan naik taraf dijadual bermula Isnin ini.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, berkata penambahbaikan tersebut bukan sahaja membabitkan trek perlumbaan, malah turut meliputi kemudahan lain di SIC.

Sehubungan itu, SIC akan ditutup sepenuhnya mulai tarikh berkenaan bagi membolehkan proses penambahbaikan dilaksanakan.

"Persiapan sangat baik, tapi kami kini memasuki fasa untuk baik pulih dan naik taraf SIC yang bermula 7 September.

"Hari ini merupakan hari untuk memberikan peluang untuk semuan sebelum SIC akan ditutup sepenuhnya untuk kerja naik taraf," katanya.

Terdahulu, Dr Taufiq merasmikan acara Larian Circuit Dash KBS x SIC Run 2026 yang disertai lebih 7,000 peserta, malam tadi.

Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berada di litar berkenaan sebelum ia ditutup untuk kerja-kerja baik pulih dan naik taraf sempena perlumbaan F1 pada awal bulan depan.

"Hari ini ada yang membawa keluarga serta rakan-rakan dan ia memupuk semangat ukhuwah antara kita.

"Saya harap semua dapat merasai pengalaman di SIC," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement