Skip to main content

Bola Sepak

Tamatkan boikot Piala Dunia, UEFA tetap mahu singkirkan Infantino

SOCCER-FIFA-UEFA:Soccer-UEFA set to lift FIFA boycott threat as Italy drops support for Infantino

Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) tetap tidak akan berganjak daripada usaha untuk menyingkirkan Gianni Infantino daripada jawatan presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) walaupun telah menarik balik ancaman untuk memboikot Piala Dunia Wanita bawah 20 tahun (B-20).

Pada Khamis, 55 persatuan ahli serta wakil Eropah dalam Majlis FIFA akan menerima surat yang menjamin bahawa pelan FIFA Forward Enterprise (FFE) tidak akan dihidupkan semula.

Penarikan balik boikot secara rasmi itu kemudiannya akan disahkan dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif UEFA di Monaco.

Langkah itu akan memenuhi tuntutan UEFA dan membolehkan kejohanan yang berlangsung di Poland minggu depan diteruskan dengan penyertaan enam pasukan Eropah.

Menurut laporan BBC Sport, keputusan UEFA untuk menyingkirkan Infantino turut disokong keyakinan wujudnya calon perpaduan yang mampu mencabar kerusi panas bola sepak dunia itu apabila beliau bertanding semula untuk pemilihan pada Mac 2027.

Keputusan undian dijangka sengit, memandangkan sokongan daripada 106 daripada 211 persatuan ahli diperlukan untuk memenangi pemilihan tersebut.

Bagaimanapun, UEFA telah menggugurkan rancangan untuk mendesak undian tidak percaya ekoran prosedur yang dianggap tidak realistik iaitu perlu mendapat sokongan tiga perempat daripada persatuan ahli iaitu 159 undian untuk diluluskan.

Setakat ini tiada calon tertentu yang dikentengahkan secara jelas, namun Presiden  Konfederasi Bolasepak Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF), Victor Montagliani, dianggap sebagai calon yang berpotensi menggantikan Infantino.

Segala perancangan untuk mencabar Infantino perlu dimuktamatkan segera kerana sebarang pencalonan mesti dikemukakan menjelang 18 November.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement