Skip to main content

Bola Sepak

Tamat! CAS kekalkan hukuman gantung pemain Mesir hingga 2029

Stoke

Adakah ini maksudnya karier bola sepak telah berakhir?

Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menolak rayuan pemain Pyramids, Ramadan Sobhi, terhadap penggantungan selama empat tahun akibat tindakan memanipulasi sampel ujian doping.

Keputusan itu bermakna Sobhi tidak dibenarkan menyertai sebarang aktiviti berkaitan bola sepak sehingga tahun 2029.

CAS telah menjatuhkan hukuman penggantungan empat tahun ke atas Sobhi pada November 2025 kerana menipu ujian air kencing dengan dakwaan ada campuran benda asing dalam sampelnya.

Pada bulan Jun lalu, Sobhi mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut dalam usaha untuk mengurangkan hukuman itu.

Kontraknya bersama Pyramids sepatutnya tamat sehingga tahun 2028, namun krisis doping dan hukuman penggantungan itu menyebabkan kontrak tersebut digantung sepanjang tempoh hukuman berkenaan.

Pemain kebangsaan Mesir itu melakukan 37 penampilan setakat ini, sambil pernah beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Stoke City pada 2016.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement