Skip to main content

Bola Sepak

Takziah: Bekas tonggak undangan FAM, bintang England meninggal dunia

Keegan

Bekas penyerang England, Kevin Keegan, meninggal dunia pada usia 75 tahun.

Sebelum ini, Newcastle United mengumumkan pada Januari lalu bahawa pemenang Ballon d'Or dua kali itu sedang menjalani rawatan kanser, tanpa mendedahkan butiran penyakitnya.

Pada bulan Jun, Keegan, yang digelar 'King Kev' dan 'Mighty Mouse' mendedahkan bahawa mendiang menghidap kanser tahap empat.

Tahukah anda? Mantan pengurus Manchester City dan legenda Liverpool itu pernah berkunjung ke Malaysia atas undangan Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM) pada tahun 1984.

Keegan dibawa ke Malaysia oleh FAM untuk membimbing dan bermain bersama pasukan pelapis negara. Sebagai makluman, kehadirannya mewakili skuad pembangunan kebangsaan pada waktu itu tidak melanggar peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Difahamkan Keegan dibayar sebanyak RM150,000. sebagai sebahagian daripada usaha FAM untuk mengembalikan kegemilangan Pestabola Merdeka dan menarik penonton ke stadium untuk menyokong pasukan kebangsaan khususnya pasukan muda negara, Harimau Malaysia.

Harimau Malaysia yang diketuai Kevin Keegan menewaskan Pakistan 2-0 dalam perlawanan pembukaan Pestabola Merdeka 1984. Keegan menjaringkan dua gol pada minit ke-44 dan 89. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video