Skip to main content

Bola Sepak

Takkan ada dua final Piala Malaysia

Shazli

Piala Malaysia akan terus mengekalkan format satu perlawanan akhir walaupun pendekatan dua final berpotensi menjana pendapatan lebih lumayan buat pasukan yang bertanding.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd, menegaskan tiada perancangan untuk mengubah format tersebut buat masa ini.

Advertisement

"Tiada pelan untuk mengadakan dua perlawanan akhir secara timbal balik.

"Ia akan berlangsung sekali sahaja.

"Untuk Piala Malaysia, jangkaan daripada separuh akhir ke final mengambil masa lebih kurang empat minggu.

"Unit Media MFL akan bekerjasama dengan finalis untuk mula mempromosi mengumpul peminat.

"Saya yakin kita akan memiliki final yang lebih menarik berbanding Piala FA lalu," katanya.

Sambutan perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sabah di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Disember tahun lalu kurang memberangsangkan.

Aksi tersebut hanya mencatatkan kehadiran 40,044 penonton, antara jumlah paling rendah bagi perlawanan akhir kejohanan utama bola sepak tempatan.

Kehadiran kurang memuaskan itu dipercayai berpunca daripada beberapa faktor termasuk kos perjalanan yang tinggi bagi penyokong Sabah selain keadaan cuaca pada hari perlawanan.

"Kami sentiasa bekerjasama dengan Unit Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Sebarang aduan rasmi akan dinilai.

"Kami selalu berhubung membincangkan untuk memastikan ada penambahbaikan terhadap pengadil yang bertugas." katanya lagi. 

Must Watch Video