Skip to main content

Bola Sepak

Tak puas, curiga? AFC terangkan prosedur rayuan Kongres Pemilihan FAM

dddd

Setiap calon ada hak untuk membuat rayuan dan laporan, jika ada sebarang rasa tidak puas hati atau kecurigaan berlaku ketika Kongres Pemilihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Demikian tegas Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John, yang sudah termaktub di dalam perlembagaan baru FAM.

Merujuk kepada Artikel 10, mana-mana pihak yang mahu membuat rayuan perlu melakukannya dalam tempoh tiga hari selepas Kongres Pemilihan FAM itu.

"Calon mempunyai hak untuk membuat rayuan kepada jawatankuasa rayuan".

"Dan jika tidak berpuas hati pula dengan jawatankuasa rayuan, boleh dibawa ke CAS (Mahkamah Timbangtara Sukan)"," katanya di Nadi Weekend. 


"Daripada segi ketelusan, buat masa ini AFC sangat berpuas hati dengan proses pemilihan dan cara jawatankuasa pemilihan menjalankan tugas mereka dan keputusan yang diambil sehingga ke hari ini," katanya.

Tambahnya, sebarang isu yang diketengahkan boleh dibawa hingga ke peringkat Arbitral Tribunal Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Proses ini masih mengikut tempoh masa dalam kod. Mana-mana calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan boleh membuat rayuan," jelas Windsor.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video