Skip to main content

Bola Sepak

Tak pernah terlambat bermula semula -- Pemain warisan Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Palmero

Pemain warisan Harimau Malaya, Gabriel Palmero, 'bersyukur' diberikan nafas baharu dalam karier apabila menyertai Kuching City selepas mendapat kebenaran sementara (stay of execution) oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

The Cats sah menandatangani pemain kelahiran Sepanyol itu pada Isnin lalu seperti tular di media sosial.

Advertisement

"Tidak pernah terlambat untuk bermula semula," katanya di Instagram.

 

Kelab Liga Super itu destinasi terbaik untuk memulihkan kariernya selepas kontraknya ditamatkan kelab Sepanyol, CD Tenerife, berikutan dakwaan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) atas dakwaan pemalsuan dokuman pada September lalu.

Penggantungan 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akibat isu dokumentasi bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi impak besar kepada Palmero dalam kariernya sebagai pemain profesional.

Sebagai rekod, Palmero pernah menyarung jersi Harimau Malaya sebanyak empat kali sepanjang tahun lalu.
 

Must Watch Video