Skip to main content

Bola Sepak

Tak mudah tapi saya dapat sesuaikan diri -- Tonggak warisan Malaysia-Croatia

AA

Tonggak warisan Malaysia-Croatia yang menjadi perhatian, Luka Jordy Hodak, berasa lega mampu segera menyesuaikan diri bersama pasukan sepanjang tempoh fasa latihan, meskipun mengalami sedikit kesukaran pada awalnya menjelang Kejuaraan B-19 ASEAN 2026. 

Dengan corak permainan yang ternyata berbeza berbanding ketika bersama kelab di Croatia iaitu NK Trnje, anak bekas pengendali skuad B-19 negara, Bojan Hodak itu bagaimanapun yakin mampu membantu pasukan beraksi cemerlang di Indonesia.

Luca juga berharap pasukannya mampu bermain tanpa tekanan demi memperoleh keputusan positif.

"Permulaan yang tidak mudah, namun saya dapat menyesuaikan diri dan keadaan semakin bagus, saya gembira dapat berada dalam pasukan.

 

 

 

"Di Croatia, corak permainan lebih kepada 'ground', di sini juga sama kerana jurulatih gunakan corak itu. Di Croatia, apabila saya memegang bola saya perlu mencari ruang untuk menghantar bola, di sini sudah ada pemain yang lakukan tekanan di depan dan belakang, jadi saya perlu cepat lepaskan bola atau kehilangannya.

"Saingan dalam latihan kompetitif." katanya.


 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video