Declan Rice difahamkan menjalinkan hubungan jangka panjang bersama kekasih zaman persekolahannya, Lauren Fryer. Tempuh suka dan duka sepanjang lapan tahun, mereka mula berkenalan ketika masing-masing di usia 17 tahun.
Hasil hubungan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jude yang dilahirkan pada Ogos 2022. Kehadiran anak mereka melengkapkan lagi kehidupan pasangan ini, yang sering dilihat saling menyokong antara satu sama lain dalam fasa baharu sebagai ibu bapa muda.
Advertisement
Namun, Lauren tidak terlepas daripada terkena kecaman kerana memiliki saiz tubuh badan yang besar -- di media sosial kerana status Rice sebagai pemain bola sepak terkenal.
Akibatnya, Lauren memilih untuk memadam gambar-gambarnya dan menjauhkan diri daripada hadir ke perlawanan. Dan, di sini tampilnya Rice mempertahankan cinta hatinya, kerana Lauren sudah bersamanya sejak dia belum dikenali. Susah senang bersama.
"Lauren is the love of my life, I don’t need an upgrade. She was there when I was nobody.
Daripada sudut privasi, pasangan ini memilih untuk tidak terlalu berkongsi kehidupan peribadi kepada umum. Di sebalik kecaman mereka kekal kukuh, membuktikan kekuatan dan kesetiaan yang terjalin sejak usia muda. Dan Rice sebagai lelaki, patut dijadikan contoh!