Skip to main content

Bola Sepak

Tajikistan layak kali kedua ke Piala Asia dalam pertembungan cukup sengit!

Taji

Jika diukur kepada carta semasa saingan kumpulan A bagi kelayakan pusingan ketiga — Tajikistan dan Filipina masing-masing miliki peluang seimbang apabila memungut jumlah mata yang sama - namun hanya dibezakan dengan kelebihan jaring-bolos.

Dan situasi ini cukup getir buat kedua-dua pasukan dalam memastikan penampilan kali kedua di pentas tertinggi Asia itu dapat dilunaskan - dengan kelebihan sedikit memihak Tajikistan yang miliki kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Advertisement

Sedar berada sedikit di hadapan — Tajikistan yang mesra disapa The Crown enggan terlepas slot kemaraan ditangan Filipina! Namun pasukan pelawat berjaya hadir dengan semangat luar biasa apabila berjaya memimpin permainan hasil lorongan mudah Raphael Obermair pada minit ke-19.

Enggan mengecewakan kehadiran lebih 15,000 pemain ke-12 mereka di Bandaraya Hisor, Tajikistan bangkit dan berbaki empat minit menuju bilik persalinan - Sherddin Boboev tenang melakukan sepakan daripada luar kotak penalti untuk kedudukan kembali terikat satu sama.

Dan jaringan penyamaan itu kekal hingga tamat permainan untuk keputusan seri itu cukup untuk meletakkan Tajikistan di persada Kumpulan A, sekali gus sah layak ke pentas akhir di Arab Saudi.

Kejayaan ini menyaksikan Tajikistan layak buat kali kedua berturut-turut selepas debut pada edisi 2023 sementara Filipina akur terpaksa menunggu lagi selepas penampilan sulung pada 2019.

Must Watch Video