Skip to main content

Berbasikal

Taiping Heritage Ride cukup meriah, simbolik ulang tahun ke-150 Bandar Taiping

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Tiping Heritage Ride

Sebagai simbolik ulang tahun ke-150 Bandar Taiping, edisi kedua Taiping Heritage Ride berlangsung penuh meriah berlatarbelakangkan daerah penuh bersejarah itu.

Bukan sekadar mengejar kemenangan atau pencapaian peribadi, acara itu juga menjadi aktiviti riadah untuk peserta merasai pengalaman berbasikal di tempat berbeza dan meluangkan masa bersama kenalan dan keluarga.

Advertisement

Dengan cuaca yang cukup mengizinkan, ia menjadi penutup terbaik Taiping Heritage Ride edisi istimewa kali ini.

Juara kategori lelaki 90km, Chan Jian Le, berkata kepada wartawan Astro Arena, Najmi Iman: "Sasaran saya hari ini memang saya mahu melakukan pecahan dan sejak dari awal saya sudah melakukan serangan demi serangan.

"Dalam 10km pertama, saya berjaya melakukan pecahan bersama beberapa pasukan lain sehinggalah hanya tinggal empat pelumba di kelompok depan.

"Dalam kilometer terakhir, saya melakukan serangan dan hanya solo sehingga ke garisan kebangsaan.

"Sasaran saya selepas ini adalah untuk mewakili pasukan kebangsaan atau dapat beraksi dalam LTdl (Le Tour de Langkawi).

 

Must Watch Video