Skip to main content

Badminton

Tahun depan fokus Sukan Asia, Piala Thomas dan kejohanan berstatus Super 1000 -- Aaron Chia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron

Juara dunia beregu lelaki negara 2022, Aaron Chia, menginginkan lebih usaha dan dedikasi dalam tahun 2026 susulan prestasi naik turun tahun ini.

Dia yang bakal memulakan musim 2026 dengan saingan Terbuka Malaysia 2025 yang berstatus Super 1000 itu menanam cita-cita untuk kem beregu lelaki menjadi penamat kepada penantian emas di Sukan Asia nanti.

Advertisement

"Tahun depan akan fokus lebih kepada Sukan Asia dan Piala Thoma, dua kejohanan ini lebih penting selain kejohanan yang berstatus Super 1000. 

"Jurulatih cakap peluang sentiasa ada, hanya lihat prestasi ketika kejohanan bagaimana.

 

 

 

"Kejohanan seperti Piala Thomas dan Sukan Asia sudah lama tiada wakil merebut gelaran daripada beregu lelaki, jadi kami fokus pada apa yang kami perlu fokus." katanya.

Sementara itu, jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, meletakkan Kejohanan Dunia sebagai sasaran utamanya bagi tahun 2026 dengan harapan dapat membantu beregu lelaki negara membawa pulang gelaran juara dunia ke tanah air.

"Juara dunia, itu sasaran saya kerana tahun lelau tidak dapat. Ada tiga yang penting, Piala Thomas beregu, jadi sukar berbanding individu." tambahnya.
 

Must Watch Video