Skip to main content

Badminton

Tahun Baru Cina: Cheah Liek Hou kenang pengorbanan ibu bayar yuran sukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Cheah

Atas gelanggang dia seorang wira. Bersama keluarga, dia seorang anak.

Tahun Baru Cina membawa makna berbeza buat juara dunia sembilan kali, Cheah Liek Hou.

Advertisement

"Setiap Tahun Baru Cina, saya akan bersama-sama keluarga mengadakan makan besar di rumah mahupun di restoran, menziarahi saudara mara dan mengucapkan ucapan buat orang tua," katanya.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Paris 2024 itu sangat menghargai ibu dan isterinya sebagai sumber semangat untuk terus mencapai segala kemahuan.

"Ibu sentiasa menolong dan menyokong saya daripada segi peralatan dan yuran sukan. Masanya selalu menghantar saya ke venue.

"Isteri memasak makanan yang sihat untuk saya supaya kekal bertenaga," tambahnya.

Semuanya tentang keluarga. Pemain berusia 38 tahun itu sempat berpesan supaya memiliki lebih ramai kawan berbanding musuh. 

Liek Hou akan kembali berlatih menjelan Kejohanan Badminton Para Antarabangsa yang dijadualkan berlangsung di Toledo, Sepanyol bermula 25 hingga 29 Mac depan.

Must Watch Video