Skip to main content

Bola Sepak

Tahu-tahu jadi pemain tempatan, 2 lagi bintang JDT cetus tanda tanya

Tapp

Seorang naturalisasi, seorang lagi warisan?

Bermaksud, kekuatan tambahan buat Harimau Malaya.

Majoriti peminat sudah sedia maklum dengan perkembangan dua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva dan Manuel Hidalgo yang menjadi pemain naturalisasi terbaru membolehkan mereka memegang status sebagai pemain tempatan berdasarkan syarat bermastautin.

Malah, kedua-dua pemain itu difahamkan bakal menyarung jersi Harimau Malaya seperti laporan sebelum ini.

Namun, siapa sangka dua lagi nama muncul menjadi tumpuan, sekali lagi mencetuskan persoalan adakah turut mengikuti langkah memiliki kewarganegaraan sekali gus mewakili skuad kebangsaan satu hari nanti sekiranya memenuhi segala syarat kelayakan ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Pertahanan kelahiran Australia, Shane Lowry, secara tiba-tiba bergelar pemain tempatan dalam senarai pemain dalam Perlawanan Sumbangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah menentang Kuching City malam tadi.  

Ini bermakna, tonggak berusia 37 tahun itu bukanlah pemain import untuk Harimau Selatan bermula musim ini.

Untuk rekod, Lowry tidak pernah mewakili pasukan utama Australia.

Satu lagi nama yang mencuri perhatian iaitu Brad Tapp. Pemain terbaru yang ditandatangani juara Liga Super itu yang melakukan debut rasmi dalam aksi pembukaan liga semalam.

Dilaporkan dia merupakan pemain warisan berdarah campuran Malaysia-Australia.

Berita mengenai Tapp sudah menjadi khabar angin sejak April lalu apabila Stadium Astro sebelum ini dalam laporannya turut mendedahkan seorang lagi pemain kacukan bakal tiba menghiasi kem skuad negara.

β€œIni bukan daripada Brazil dan juga Argentina.

"Ini adalah darah warisan kita. Kalau warisan itu, kita boleh katakan daripada England atau Australia,” kata wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Namun, belum ada perincian rasmi tentang latar belakang sebenar Tapp setakat ini.  

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video