Akhirnya bersatu! Kelas bekas Menteri Belia dan Sukan kita!
Daripada gandingan kerja ke hubungan lebih serius.
Advertisement
Saat yang dinantikan telah tiba. Khabar angin benar belaka. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sah bakal mendirikan rumah tangga bersama pelakon terkenal, Bella Astillah, selepas melamar di tempat paling istimewa.
Perkongsian Ahli Parlimen Muar di Instagram menunjukkan lamaran di atas Gunung Kinabalu sewaktu hujan lebat, sekali gus menjadi kenangan paling berharga.
Simbolik atas gunung menggambarkan Syed Saddiq sebagai aktif menyertai sukan lasak dan Bella yang merupakan tempat kelahirannya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan dengan kapsyen ringkas namun penuh makna: “I asked, she said yes 💍… Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita.”
Syed Saddiq menzahirkan rasa syukur atas perjalanan hubungan mereka setakat ini.
“Allah SWT sebaik‑baik perancang,” katanya.
Saksikan majlis pertunangan Syed Saddiq dan Bella Astillah secara eksklusif di Astro AWANI, Astro Ria dan Sooka pada jam 3.30 petang ini dan penstriman langsung di platform TikTok Astro Gempak.