Bintang pop, Perrie Edwards, yang juga merupakan anggota Little Mix kini bergelar isteri kepada pemain yang beraksi dalam Liga Scotland, Alex Oxlade-Chamberlaine.
Kedua bintang dari England itu mengumumkan telah bertunang pada 2022 dan akhirnya disatukan dalam sebuah majlis kecil-kecilan di gereja Igreja Martiz de Estoi di Portugal pada 13 Jun.
Sebelum ini, Perrie Edwards pernah bertunang dengan seorang lagi bintang pop iaitu Zayn Malik.
Kelab Alex Oxlade-Chamberlaine, Celtic, pula baru-baru ini memperoleh gelaran juara Scottish Premiership 2025/2026 selepas menewaskan Heart of Midlothian FC dalam perlawanan terakhir musim ini, dengan kelebihan dua mata.