Badan pentadbir bola sepak Eropah (UEFA), Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF) mengeluarkan surat terbuka mengkritik tindakan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, susulan cadangan penjualan pengangan saham dalam hak komersial Piala Dunia.
Dalam kenyataan itu menjelaskan Infantino telah memecahkan kepercayaan 'menerusi penipuan' dengan cadangannya sebelum ini, selain memohon semakan bebas terhadap apa yang berlaku.
UEFA, yang disokong oleh AFC dan CONCACAF, yang mengendalikan bola sepak di Caribbean, Amerika Utara dan Tengah itu turut mengancam untuk memboikot kejohanan FIFA sehingga mereka menerima janji bahawa tiada skim serupa akan dicadangkan pada masa hadapan.
UEFA, Concacaf and the Asian Football Confederation released an open letter on Monday morning criticizing FIFA president Gianni Infantino and calling for his resignation.
The three confederations then criticized Infantino's approach after his private-investor plan fell through.… pic.twitter.com/EUql1RkDEG— Yahoo Sports (@YahooSports) August 10, 2026
"Kami menyeru agar perpaduan itu dihormati sekarang, kerana kepimpinan yang berkhidmat untuk bola sepak, bukan bertujuan untuk memerintahnya.
"Kepimpinan dalam bola sepak bukanlah pemilikan," kata mereka dalam kenyataan hari Isnin. "Ia bukan tentang memegang – atau menuntut – kuasa untuk dipegang. Ia adalah satu kewajipan berkhidmat kepada keluarga bola sepak yang mempercayai perkara itu.
"Apabila kepercayaan dipecahkan melalui penipuan, apabila seseorang individu meletakkan dirinya di atas kolektif yang mempercayakannya dengan kuasa, kewajipan itu telah ditinggalkan." katanya.
UEFA, yang disokong oleh AFC dan CONCACAF, yang mengendalikan bola sepak di Caribbean, Amerika Utara dan Tengah, mengancam untuk memboikot kejohanan anjura FIFA sehingga mereka menerima janji daripada badan induk bola sepak dunia itu bahawa tiada skim serupa akan dicadangkan pada masa akan datang.
Terdahulu, perkara itu menjadi hangat selepas FIFA mengumumkan cadangan menubuhkan anak syarikat komersial dikenali FFE bagi menguruskan kejohanan utama seperti Piala Dunia dan Piala Dunia Kelab.
Menerusi pelan itu, pelabur swasta dibenarkan memiliki pegangan minoriti dalam syarikat berkenaan, dengan FIFA menyasarkan kutipan hingga USD4.2 bilion (kira-kira RM19.4 bilion) berdasarkan penilaian syarikat bernilai USD20 bilion (RM92.4 bilion).
Jika diluluskan, setiap daripada 211 ahli gabungan FIFA akan menerima bayaran sekali sebanyak USD20 juta (RM92.4 juta) pada awal 2027, selain peruntukan pembangunan bagi kitaran 2027 hingga 2030 meningkat daripada USD8 juta kepada USD20 juta.