NAPOLI 2 BOLOGNA 0
Pemain tengah Napoli, Scott McTominay, meraikan kejuaraan Supercoppa Italiana dengan menyalakan curut di bilik persalinan, awal pagi tadi.
Advertisement
Napoli merangkul satu lagi trofi apabila mengalahkan Bologna 2-0 dalam perlawanan akhir Supercoppa Italiana di Riyadh, Arab Saudi.
Ia gelaran kedua McTominay bersama Napoli selepas menjulang Scudetto musim lalu Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis, berkata: "Kami berseronok malam ini.
"Sejak era Diego Maradona, kami tidak pernah lagi menjulang dua trofi dalam tempoh setahun, jadi kejayaan ini sangat penting.
"Saya memberitahu peminat agar sentiasalah memasang impian."
