Skip to main content

Ragbi

Super Schools Rugby: Empat gergasi ke babak separuh akhir

ss

Empat pasukan terbaik Super Schools Rugby (SSR) 2026 kini mengesahkan tempat ke pentas separuh akhir selepas aksi suku akhir yang berlangsung penuh intensiti di Kompleks Sukan Proton City, Tanjung Malim hujung minggu: ini, sekali gus membuka laluan kepada fasa penentuan kejuaraan musim ini.

Juara bertahan, MRSM Balik Pulau (MRSMBP), meneruskan kemaraan apabila menewaskan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) 24-15 untuk terus menghidupkan misi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu. Wakil Pulau Pinang itu kekal konsisten dalam perlawanan berintensiti tinggi, membuktikan mereka masih berada dalam kelompok elit kejohanan dan kekal sebagai calon utama kejuaraan.

Sementara itu, Victoria Institution (VI) menampilkan aksi matang dan berdisiplin apabila menyingkirkan bekas juara dua kali, Malay College Kuala Kangsar (MCKK), dengan kemenangan 23-10.

Kejayaan itu mengesahkan status VI sebagai antara pasukan paling konsisten musim ini, selain mengulangi pencapaian mereka sebagai naib juara edisi lalu serta mengekalkan momentum sebagai pencabar serius kejuaraan.

SMS Hulu Selangor (SEMASHUR), juara dua kali SSR, pula tidak berdepan masalah besar apabila mencatat kemenangan meyakinkan 64-10 ke atas SBPI Gombak (INTEGOMB). Persembahan bertenaga itu sekali lagi mengukuhkan reputasi SEMASHUR sebagai salah satu kuasa dominan dalam sejarah kejohanan serta antara pasukan yang sentiasa berada dalam radar kejuaraan setiap musim.

Dalam satu lagi pertembungan, Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) mencipta detik bersejarah apabila menewaskan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) 18-13 untuk melangkah ke separuh akhir Super Schools Rugby buat kali pertama dalam sejarah penyertaan mereka.

Sebagai salah satu daripada enam pasukan perintis sejak penubuhan kejohanan, pencapaian ini menjadi simbol evolusi dan kematangan SDAR selepas lebih sedekad bersaing di pentas SSR. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

Must Watch Video