Skip to main content

Ragbi

Super Schools Rugby Divisyen Akademi: ARAS bakal jalani sesi pramusim di Colombo, Sri Lanka

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aras

Ketua jurulatih Akademi Ragbi Selangor (ARAS), Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga , Mohd Faiz Md Ali, beranggapan tiada istilah laluan mudah buat mana-mana pasukan dalam saingan  Grand Final Super Schools Rugby (SSR) Divisyen Akademi.

Pengendali kelahiran Perak berusia 39 tahun itu berkongsikan anak buahnya perlu melipat gandakan usaha jika berhasrat mara ke pentas final terutamanya selepas mengalami rombakan sebanyak 50 peratus dalam skuad musim ini.

Advertisement

Dia turut mengesahkan, ARAS akan menjalani sesi pra musim di Colombo, Sri Lanka bermula daripada 2 hingga 8 April depan.

 

 

 

Menerusi keputusan undian yang diadakan hari ini di Astro Bukit Jalil menyaksikan naib juara edisi 2024 itu berada dalam Kumpulan Y bersama-sama dengan Cobra, Royal Town Warrior serta Sultan Ismail College.

"Sudah pasti dalam kategori divisyen akademi ini tiada yang mudah, setiap perlawanan umpama aksi final buat kami.

"Saya harap pemain dapat tampilkan aksi berkualiti, kami kehilangan 50 peritus susulan transisi murid tingkatan lima. Yang beraksi dalam edisi lalu tinggal 15 orang dan tujuh sahaja yang bermula. Kami rombak pasukan.

"Ada tiga aksi di Sri Lanka, kami harap apa yang pasukan tetapkan kami mampu capai." katanya. 

Must Watch Video