Saingan suku akhir Super Schools Rugby (SSR) hari menyaksikan pertembungan dua gergasi ragbi sekolah berasrama penuh negara, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau menewaskan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) 24-15.
Danish Imran mulakan ceritera di Kompleks Sukan Proton City, Tanjung Malim untuk STAR mendahului dengan 3-0, sebelum BP Cougar bangkit dengan try Adam Putra diikuti conversion dan penalti yang disempurnakan Aqil Zikry untuk kedudukan 10-3.
STAR kembali memberi tentangan menerusi try dan conversion untuk mengikat 10-10 dalam babak pertama.
Namun, MRSM Balik Pulau tidak menunggu lama apabila Enddriq Azfirrul yang tampak sukar dihalang menambah try untuk kedudukan 15-10.
Dalam STAR berusaha untuk mengejar kedudukan, namun Afiq Haziq menoktahkan try terakhir sebelum Aqil Zikriy melengkapkan conversion untuk mara ke separuh akhir.