Skip to main content

Hoki

Super Schools Hockey: STAR juara edisi sulung, hoki peringkat akar umbi akan terus diperkasakan

j

Perlawanan akhir edisi pertama Super Schools Hockey (SSH) menyaksikan Sekolah Tuanku Abdul Rahman Star (STAR) menepati ramalan apabila menumpaskan Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) 6-2 untuk dinobatkan juara sulung.

Selepas mengawal aksi separuh masa pertama dan mendahului 2-0, STAR diuji kebangkitan SERATAS yang tampil lebih agresif selepas rehat untuk menyamakan kedudukan.

Tatkala perlawanan dilihat masih terbuka buat kedua-dua pasukan, Muhammad Izzat Zakwan, muncul wira STAR apabila menyempurnakan pukulan penalti diperoleh sebelum pasukannya menambah tiga lagi jaringan untuk mengesahkan kejuaraan pertama.

"Kami tiada rahsia apa-apa pun cuma kami berlatih dengan konsisten. Kami berikan 100 peratus dalam latihan dan berdisiplin, ia diterjemahkan pada hari ini.

"Sorakan padu penyokong juga membantu kami untuk bangkit," kata kapten hoki STAR, Wafir Wajdie Burhanuddin.

Selain mampu menjadi platform penting melahirkan bakat hoki berkualiti daripada sekolah berasrama penuh yang berupaya mengimbangi kecemerlangan sukan dan akademik, saingan SSH hadir dengan aspirasi untuk lebih berkembang sebagai kejohanan berprestij.

Tambah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Shahrizin Shaharudin: "kami utamakan keseimbangan adalah nilai komersial dan mutu permainan.

"Hoki adalah salah satu sukan teras di sekolah asrama penuh. sebagaimana dengan pembangunan ragbi, hoki juga mungkin akan gunakan konsep sama," katanya.

Menurut  tonggak negara Sukan Komanwel 1998 yang memenangi pingat gangsa, Shankar Ramu: "Stadium penuh dan pemain-pemain mengharungi lima perlawanan dalam seminggu dan menjadikan saingan ini cukup menarik.

"Pelajar ini telah membuktikan kepada ibu bapa bahawa mereka mampu mengimbangi pelajaran dan sukan."
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Must Watch Video