Skip to main content

Sepak Takraw

Sumali Reduan puji usaha Astro martabat sukan sepak takraw ke pentas tertinggi

hh
Advertisement

Presiden Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, memuji usaha yang telah di buat pihak Astro dalam usaha memartabatkan sukan sepak takraw sehingga ke pentas tertinggi.

Selepas 12 tahun, Astro bersama PSM serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggembleng tenaga untuk mengubah wajah sukan rakyat ini dan hasilnya sudah mula dapat di lihat.

Advertisement

"Di Thailand cuba untuk melakukan liga seperti kita yang telah bertapak lama selama 12 tahun. Sekurang-kurangnya STL memberikan kematangan buat pemain, saya rasa Astro Berjaya dalam membangunkan sukan sepak takraw," kata Sumali.

Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, menggunakan segala kelebihan di platform Astro untuk memastikan sukan takraw mendapat perhatian sewajarnya.

Advertisement

"STL adalah liga terbaik dunia, tiada persoalan. Rumah untuk juara, dimana pemain-pemain terbaik beraksi di STL, sebagai rakyat Malaysia, perlu menyokong dan berbangga kerana ini adalah liga terbaik dunia.

"Bukan nombor dua dunia atau ketiga di Asia, tetapi terbaik dunia. Itu pengiktirafan daripada kejayaan skuad kebangsaan." tambah Nicholas John.

Tirai gelanggang CelcomDigi STL 2026 secara rasmi dibuka hari ini dengan kehadiran 12 pasukan yang akan berentap merebut gelaran dalam 7 siri Grand Prix (GP) bermula 6 Oktober 2026 sehingga 10 Januari 2027.

Kejayan sepak takraw menamatkan kemarau 36 tahun tanpa emas di Sukan Asia menerusi acara regu berpasukan adalah penanda aras tepat sukan ini bakal menempuh kejayaan demi kejayaan semasa selepas ini.

"Yang penting sebenarnya, dapat menganjurkan sukan yang sangat berprestij tinggi ini. Kami percaya dengan suntikan semangat, dana dan pengurusan persatuan (PSM) yang sangat baik mampu menghasilkan satu keputusan yang baik buat sukan itu juga." kongsi Menteri KBS, Taufiq Johari.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video