Skip to main content

Sukan Asia

Sumali belum fikir lepaskan jawatan, mahu terus bina ekosistem sepak takraw

Sumali belum fikir lepaskan jawatan, mahu terus bina ekosistem sepak takraw
Advertisement

“Setakat ini saya belum berfikir ke arah itu.” Demikian penegasan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan, ketika mengulas ura-ura mengenai kemungkinan beliau melepaskan jawatan tertinggi badan induk sepak takraw negara.

Bagaimanapun, Sumali tidak memberi jaminan akan terus kekal menduduki posisi berkenaan sehingga tempoh kepimpinannya berakhir pada pertengahan 2028.

Advertisement

Beliau menegaskan sekiranya berlaku perubahan tampuk kepimpinan PSM pada masa akan datang, ia tidak seharusnya menjejaskan kejayaan serta ekosistem sepak takraw negara yang sudah dibentuk sejak awal.

“Belum berfikir ke arah itu. Jika tiba masanya, saya akan mengumumkannya,” katanya.

Advertisement

Mengulas pencapaian skuad negara di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, Sumali mengakui secara peribadi meletakkan sasaran dua pingat emas.

Namun, beliau tetap menghargai usaha keras yang ditunjukkan barisan pemain selepas Malaysia menamatkan saingan dengan satu emas dan satu perak.

“Saya meletakkan sasaran peribadi meraih dua pingat emas namun belum rezeki mencapainya.

“Kami telah melangkah ke final dalam acara regu namun pemain-pemain telah memberikan yang terbaik,” katanya.

Pencapaian itu tetap menjadi asas penting untuk PSM meneruskan pembangunan sukan berkenaan, terutama selepas skuad negara sekali lagi membuktikan kemampuan bersaing di pentas Asia.

Buat masa ini, Sumali memilih untuk terus memberi tumpuan kepada perjalanan sepak takraw negara tanpa melayan spekulasi mengenai masa depan kedudukannya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video