Skip to main content

SUKMA

Sultan Selangor bangga kejayaan berganda SUKMA, Para SUKMA

Sultan Selangor bangga kejayaan berganda SUKMA, Para SUKMA

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh kontinjen Selangor atas kejayaan berganda menjuarai pungutan pingat emas keseluruhan dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXII.

Dalam temasya SUKMA, kontinjen Selangor tampil cemerlang dengan meraih 101 pingat emas daripada keseluruhan 245 pingat, sekali gus muncul juara pungutan emas keseluruhan.

Kejayaan itu kemudian dilengkapkan kontinjen Para SUKMA Selangor yang turut mencatat pencapaian membanggakan apabila mengumpul 93 pingat emas daripada keseluruhan 200 pingat.

Pencapaian berkenaan mencerminkan dominasi Selangor dalam kedua-dua temasya, selain membuktikan kekuatan dan pembangunan sukan negeri yang semakin kukuh.

Baginda menzahirkan rasa kagum dan bangga dengan pencapaian bersejarah tersebut yang disifatkan sebagai hasil semangat juang tinggi, disiplin, ketekunan serta komitmen luar biasa para atlet dalam mengangkat martabat sukan Selangor.

Baginda turut merakamkan penghargaan kepada barisan jurulatih, pengurus pasukan, keluarga atlet serta semua pihak yang memainkan peranan penting dalam memberikan sokongan berterusan sehingga kejayaan berkenaan direalisasikan.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin menitahkan agar para atlet dan jurulatih tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian yang diraih.

Sebaliknya, Baginda berharap kejayaan itu menjadi pemangkin untuk mereka terus meningkatkan prestasi dan melangkah lebih jauh ke peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

Baginda turut mendoakan agar atlet Selangor terus mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan, sekali gus mengharumkan nama negeri serta Malaysia di persada sukan dunia.

Kejayaan berganda itu bukan sekadar soal jumlah pingat, tetapi menjadi bukti bahawa Selangor terus mempunyai barisan atlet berdaya saing serta ekosistem sukan yang mampu melahirkan juara.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement