Skip to main content

Bola Sepak

Sultan Pahang, TMJ, RMS calon terbaik. Orang kritik tapi tengok kejayaan...

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Irwan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan The Real Warriors (KTRW), Datuk Mohd Irwan Rizal, menyifatkan tiga individu sebagai calon terbaik yang mampu diketengahkan bagi mengemudi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ketika ini.

Tiga individu yang dimaksudkan ialah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, serta Raja Muda Selangor (RMS),Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Advertisement

Katanya, ketiga-tiga Kerabat Diraja ini memiliki aura serta pengaruh tersendiri bukan sahaja di dalam negara malah juga di arena global.

Terdahulu, pada tanggal 28 Januari 2026, ke semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM melepaskan jawatan secara kolektif sebagai langkah proses pemulihan badan induk bola sepak negara itu.

"Bagi saya buat masa sekarang, yang terbaik adalah Sultan Pahang dan Tunku Mahkota Johor (TMJ).

"RMS seorang tokoh bola sepak dan datang daripada kerabat juga. Tengok bagaimana kejayaan Selangor dan Johor.

"Jika baginda berdua beri perkenan dan mempertimbang untuk menyelamatkan bola sepak negara.

"Orang akan mengkritik. Tetapi sejarah sudah membuktikan mereka komited dalam bola sepak.

"Itulah figura yang boleh menerajui.

"Saya bukan menidakkan kepimpinan yang lain. Tetapi kita mahukan hasil, konsistensi dan magnet untuk semua besi datang," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Dalam masam sama, Irwan turut menasihati mana-mana individu yang berhasrat bertanding jawatan presiden FAM supaya berfikir terlebih dahulu memandangkan kerusi panas itu memerlukan pengalaman luas, komitmen di samping tanggungjawab besar yang harus dipikul demi kemajuan bola sepak negara.

"Janganlah asyik tawar diri jadi presiden. Kenapa tidak menawarkan diri jadi exco dahulu?

"Bermula dari bawah baru anda boleh merasai," katanya lagi.

Must Watch Video