Pelumba berbasikal Sukan Malaysia (Sukma) Selangor, Nasrul Firas Ridzuan, percaya dua saingan di China sebelum ini merupakan batu loncatan dalam misi meraih pingat emas acara lebuh raya.
Nasrul kini berada dalam motivasi terbaik untuk memastikan impian menghadirkan kilauan emas dalam kemunculan pertama temasya dwitahunan itu.
"Saya berkesempatan untuk membuat persiapan Sukma menerusi penyertaan jelajah di Chengdu.
"Persiapan ini dalam usaha Selangor memenangi emas, baik dalam berbasikal dan lebuh raya," katanya di Nadi Arena.
Jurulatih berbasikal Sukma Selangor, Mohd Mahazir Hamad, pula percaya kepada kemampuan pasukan untuk menghadirkan empat kilauan pingat emas, lebih-lebih lagi apabila mendapat suntikan semangat sebagai tuan rumah.
"Kami mengintai emas dalam ujian masa berpasukan, lebuh raya berpasukan dan acara trek kejar mengejar berpasukan.
"Sudah seminggu kami menguji laluan di Bagan Lalang," katanya pula.