22 hari menuju Sukan Malaysia (Sukma) Edisi Ke-22 di Selangor, kontinjen Pulau Pinang menyasarkan 60 kilauan pingat emas dan kekal berada di kelompok empat terbaik.
Aspirasi itu bukan hanya angan-angan semata-mata, malah ia berdasarkan statistik dan gerak kerja analisa setiap sukan yang dipertandingkan dengan pencapaian atlet Pulau Pinang.
Meskipun, renang artistik digugurkan daripada dipertandingkan ekoran tidak memenuhi syarat minimum penyertaan -— yang mewajibkan enam negeri harus menggambil bahagian —- namun, sasaran kontinjen Pulau Pinang kekal realistik.
Dalam edisi terdahulu di Sarawak, kontinjen dari utara itu menamatkan temasya di tangga keempat menerusi 41 emas, 45 perak dan 52 gangsa.
Ini bermakna, jangkaan peningkatan sasaran pingat keseluruhan daripada temasya di Sarawak menjadi agenda utama dalam edisi kali ini.
"Cabaran ini diberikan oleh ketua menteri Pulau Pinang (Chow Kon Yeow).
"Sasaran ini telah ditetapkan sejurus berakhir Sukma Sarawak. Kami menyasarkan untuk menukar 50 peratus daripaa 54 perak dalam temasya itu menukarnya kepada kilauan emas untuk mencapai (misi) 60 emas.
"Kami cemerlang dalam tinju dan gimnastik dalam kempen lalu, secara kasarnya setiap sukan yang disertai telah memberikan kami kemenangan sekurang-kurangnya sebutir emas sambil berharap mereka mampu mengulangi kejayaan masing-masing,"
kata Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Harry Chai.