Skip to main content

Bola Sepak

Sukma Selangor: Persatuan diseru usah jejas persiapan atlet

rsfdzdf

56 hari menuju Sukan Malaysia (Sukma) Ke-22 dan Para Sukma 2026, Dataran Warisan, Bandar Kuala Kubu Bharu menjadi lokasi kelima Siri Jelajah Larian Obor dan acara kelolaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) ini bermula seawal jam 7.30 pagi tadi disertai lebih 1,000 warga tempatan.

Seiring dengan hari tanpa kenderaan peringkat MPHS, acara yang dirasmikan Exco Belia, Sukan dan Leusahawanan Selangor, Najwan Halimi, terus menyemarakkan semangat perpaduan menerusi program sukan secara santai, sekali gus memastikan orang ramai kekal teruja menantikan tirai pembukaan hari temasya.

"Ini adalah salah satu daerah yang kami tonjolkan ketika Sukma," katanya kepada Nadi Weekend.

Menyedari beberapa isu dalaman tular sebelum ini melibatkan persatuan sukan di Selangor, Najwan memaklumkan situasi persiapan atlet tidak terjejas selain menekankan kepentingan badan induk sukan agar memberi sepenuh perhatian dalam membantu melancarkan fasa persediaan temasya.

"Masalah persatuan negeri kalau boleh diselesaikan segera dan secara harmoni.

"Berlaku adillah, janganlah masalah ini menjejaskan persiapan serta prestasi atlet yang telah memberikan fokus dan komitmen penuh untuk mewakili negeri.

"Kami mahu mereka berada di tahap terbaik," katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Must Watch Video