Selepas 28 tahun, kini obor temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2026 kembali ke pangkuan bumi Selangor Darul Ehsan dengan berbaki 219 hari lagi untuk tirai penganjuran dibuka secara rasmi.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi, sebagai wakil tuan rumah hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyambut tradisi penganjuran temasya dwitahunan itu.
Advertisement
"Kita sekarang dalam proses untuk menyelesaikan kerja-kerja naik taraf memperbaiki fasiliti sukan yang akan digunakan.
"80 peratus hampir selesai. Semuanya bagi memastikan dalam tahap terbaik.
Road to SUKMA Selangor 2026!
219 days to go! 💛❤️
Ketibaan obor SUKMA dari bumi kenyalang Sarawak menandakan tanggungjawab besar itu kini beralih tugas kepada Selangor. @ASTROARENA pic.twitter.com/0tMLgRIQzk— husnae (@husnazainudin_) January 7, 2026
"Kami akan menyediakan perkampungan sukan di setiap kolej kediaman institusi pengajian sekitar Selangor.
"Kita juga akan bekerjasama dengan pusat penginapan seperti hotel untuk melihat keperluan setelah mengetahui jumlah keseluruhan atlet yang berdaftar dari setiap negeri.
"Saya ingin memastikan lokaliti bersesuaian dengan jarak venue," katanya kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.