Ada kisah yang tidak ditulis hanya dengan angka, tetapi dengan pengorbanan, ketabahan dan kepercayaan.
Menjelang SUKMA Selangor 2026, dua srikandi tenpin boling Selangor, Adelia Nur Irwan Syazalee dan Adania Mohd Redzwan, hadir membawa bukan sekadar harapan tuan rumah, tetapi juga sinar kejayaan yang pernah menerangi Malaysia di pentas dunia.
SUKMA Selangor 2026 :
Adelia Syazalee & Adania Redzwan turun bukan sekadar harap tuah selaku wakil tuan rumah malah inginkan momentum kejayaan dunia diteruskan di temasya kali ini#NadiArena #SUKMA pic.twitter.com/W8863LnFWC— Astro Arena 🇲🇾 (@ASTROARENA) August 10, 2026
Julai lalu, Adelia serta Adania mencipta sensasi apabila menumpaskan gandingan Amerika Syarikat untuk merampas mahkota dunia beregu wanita di Kuching Sarawak.
Kejayaan itu bukan sahaja mengakhiri penantian dua dekad Malaysia, malah menyamai pencapaian Esther Cheah dan Zandra Aziela yang muncul juara pada edisi 2006 di Berlin, Jerman.
Kejayaan bersejarah itu kini menjadi tonik terbaik buat gandingan emas Selangor untuk mengharungi cabaran SUKMA 2026 dengan penuh keyakinan.
Status sebagai juara dunia remaja turut meletakkan adelia sebagai antara calon utama olahragawati SUKMA 2026.
Pada usia 19 tahun, Adelia berpeluang mengumpul tuaian pingat menerusi acara single, double, trio, berpasukan dan masters, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai pencabar utama anugerah individu paling berprestij temasya itu.
Di sebalik memburu kilauan pingat, ada pengorbanan yang tidak selalunya kelihatan.
Dengan keyakinan yang dibina di pentas dunia dan sokongan penyokong di laman sendiri, Adelia dan Adania kini memikul misi yang lebih besar.
Bukan sekadar memburu emas, tetapi memastikan dominasi tenpin boling Selangor terus mekar pada SUKMA 2026.