Skip to main content

SUKMA

Sukma Selangor 2026 dibuka gilang-gemilang

sukma opener

Sukma Selangor 2026 secara rasminya dibuka dengan upacara pembukaan yang disempurnakan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Shah Alam sebentar tadi.

Dihadiri ribuan penonton yang membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam seawal jam 6 petang, majlis gilang-gemilang itu berlangsung hampir dua jam dan dipenuhi hiburan bertemakan budaya serta persembahan dari artis popular tanah air dalam menyemarak semangat atlet yang terlibat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dalam ucapannya mengingatkan semua atlet yang terlibat akan kepentingan tanggungjawab mereka sebagai sumber inspirasi kepada semua golongan masyarakat.

Selain persembahan budaya oleh penari Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, perarakan masuk setiap kontinjen negeri pula diiringi persembahan pancaran cahaya laser yang membentuk logo dan maskot temasya kali ini.

Majlis itu ditutup dengan upacara menyalakan obor edisi ke-22 berkenaan, yang disempurnakan oleh dua Olimpian negara, iaitu Farah Ann Abdul Hadi dan Marilyn Chua, selain atlet renang, Andrew Goh.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video